About

TAVAC merupakan sebuah kelab MPV Toyota Avanza, yang ditubuhkan pada 15 May 2005. Bermula dengan hanya 5 ahli, kini keahlian bertambah dari masa ke semasa.Seiring objektif kelab yang menitik beratkan silaturrahim dan komitmen berpasukan serta semangat kekeluargaan, TAVAC kian diterima masyarakat dan semakin dikenali ramai. TAVAC sentiasa  bersikap terbuka dan mengalu-alukan pendaftaran serta penyertaan ikhlas dari mereka yang berminat menyertai keluarga TAVAC. Bagi memastikan kelab ini terus aktif, TAVAC sentiasa menjalankan aktiviti-aktiviti bermanfaat seperti Hari Keluarga, konvoi Toyota Avanza, perjumpaan ahli, aktiviti / program kebajikan serta berkonvoi dan berkampung ke sesuatu destinasi percutian.

TAVAC EVENT MANAGEMENT ( 001780582-H )

SLOGAN

“We R Family” merupakan slogan bagi kelab TAVAC, satu slogan yang menjadi sandaran dan objektif di dalam mementingkan ukhwah dan silaturrahim. Selagi slogan ini dijadikan teras dan didokong dengan penuh keikhlasan, selagi itu TAVAC akan terus berkembang dan menjalin silaturrahim, bukan sekadar di dunia malah hingga ke akhirat, InsyaAllah.

 

PROFIL TAVAC

 

Untuk melihat profile TAVAC sila klik link di bawah :-

 
–>    TAVAC PROFILE 2012<–

–>    TAVAC-PROFILE (OLD) <–

Comments are closed.